BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 25 Ogos 2011

2011/12 UEFA Champions League group stage



Group A
FC Bayern München (GER)
Villarreal CF (ESP)
Manchester City FC (ENG)
SSC Napoli (ITA)
Group B
FC Internazionale Milano (ITA)
PFC CSKA Moskva (RUS)
LOSC Lille Métropole (FRA)
Trabzonspor AŞ (TUR)
Group C
Manchester United FC (ENG)
SL Benfica (POR)
FC Basel 1893 (SUI)
FC Oţelul Galaţi (ROU)
Group D
Real Madrid CF (ESP)
Olympique Lyonnais (FRA)
AFC Ajax (NED)
GNK Dinamo Zagreb (CRO)
Group E
Chelsea FC (ENG)
Valencia CF (ESP)
Bayer 04 Leverkusen (GER)
KRC Genk (BEL)
Group F
Arsenal FC (ENG)
Olympique de Marseille (FRA)
Olympiacos FC (GRE)
Borussia Dortmund (GER)
Group G
FC Porto (POR)
FC Shakhtar Donetsk (UKR)
FC Zenit St Petersburg (RUS)
APOEL FC (CYP)
Group H
FC Barcelona (ESP)
AC Milan (ITA)
FC BATE Borisov (BLR)
FC Viktoria Plzeň (CZE)

Rabu, 24 Ogos 2011

nak duit $100.00?? ..kalau nak tau klik link tu..pastu bace sendri..

cara untuk post status "kosong" pada facebook..

cara dia senang je copy and paste code kat bawah ni pada what's on your mind tu...


@[2:2: ]


pastu share...



Isnin, 22 Ogos 2011

topup cepat habis..

sejak kebelakangan ni topup celcom aku cepat je abs..baru topup 30 x sampai 2 minggu dh abs padehal aku jarang guna...hairan dan pelik betol aku dibuat nye..pastu ari ni kesabaran aku dh sampai tahap maksimum..mane bleh tahan x pakai pon duit abs..cehhh..xnjuhdsbfjxbbf!!!!...panas bro..so ape lagi celcom centre menjadi sasaran ..call celcom centre tnye btl2 kt org tu..aku tnye kt dia aku ade langgan ape2 service ke tak???..dia jwb kt aku en ade melanggan itu la ini la..entah ape2 service tah..entah bile mase aku langgan pon aku x tau..pelik2..

Cara nak stop kan semua service pelik tu :
taip STOP ALL hantar ke 33377

kepada korang2 yg rase topup korg tetibe je abs padahal x bnyk call pon..sila la call celcom center tu tnye betol2 saya ade langgan ape2 service x??..
 
No celcom center : 1111

Ahad, 21 Ogos 2011

cara untuk active celcom 8Pax kepada yg dh lupe tu..



Dah lame x add no Celcom 8pax sampai dh terlupe care dia..cari punye cari akhirnye jumpe gak..haha..nak kongsi kepada yg dh lupe care 8pax..
 Untuk Activate:
8Pax ON send to 28882
Untuk Tambah Nombor:
8Pax ADD <tel no> send to 28882
Untuk Lihat Senarai Nombor:
8Pax LIST send to 28882
Untuk Delete Nombor:
8Pax DEL <tel no> send to 28882

Jumaat, 19 Ogos 2011

Safee Sali Dirisik Kelab Bundesliga Jerman


Rabu, 17 Ogos 2011

Cara nak daftar course..

1) Login mcm biasa pastu klik pada "Course Registration"



2) Pastu klik ni..


3)Pastu klik Register New Course



4) Pastu pilih la course


5) Kalau untuk Kesatria ade mcm2 boleh pilih..pilih je yg mane suke..



6) Pastu klik sini..tunggu skjp..biasa la loading..



7) Pastu Select Group..group kalau dh penuh ko carik la group lain..dan Register Courses..tamat..ulang balik utk yg lain plk..




Selasa, 16 Ogos 2011

Get addicted #MyRaya gaming to win your share of RM25,000!

Get addicted #MyRaya gaming to win your share of RM25,000!

Isnin, 15 Ogos 2011

Berita Harian Online | Gunners akhirnya lepaskan Fabregas

Berita Harian Online | Gunners akhirnya lepaskan Fabregas

Jumaat, 5 Ogos 2011

kenapa ye???

tengah aku syok online..tetibe rase nak bukak web FAM..aku pon dgn gairahnye mensearch la web FAM kt Pakcik Google..then..aku pon klik link FAM..hasilnye..terpaparlah bende alah ni..

                    

         "This Account Has Been Suspended"

try tgk ni...


kenape ye????

Rabu, 3 Ogos 2011

DUIT SYILING MALAYSIA SIRI KETIGA


Ni la rupa bentuk duit syiling siri 3 yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, rasenye akan digunakan pada awal tahun depan. Jom tinjau-tinjau skit duit syiling baru ni..




50 sen 



duit syiling 50 sen


Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

ciri keselamatan syiling 50 sen

Ciri Keselamatan

Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.



20 sen 

duit syiling 20 sen

Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.



10 sen 


duit syiling 10 sen


Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.



5 sen

duit syiling 5 sen


Destar Siga


Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.






* boleh tahan jugak duit syiling baru ni kan..kalau nak tahu lebih detail lagi pasal duit syiling baru ni boleh la klik kat link Bank Negara ni..http://www.bnm.gov.my/microsites/2011/coins/index.htm

Selasa, 2 Ogos 2011

Hijjaz- Ramadhan Bulan Berkat

Permohonan Mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013



bagi sape2 yang nak buat permohonan online Matrik..klik pada link portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia ini http://www.moe.gov.my/..pastu klik pada Permohonan Mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 pada e-PERKHIDMATAN...opss..pasti kan anda menggunakan browser Internet Explorer..browser lain x leh pakai.. 

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M


Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa bagi negeri Melaka..utk negeri lain boleh lah klik pada link web Jakim ni http://www.islam.gov.my/waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-negeri-negeri-seluruh-malaysia-tahun-1432h2011m-0 dan pilih negeri anda..

Isnin, 1 Ogos 2011

blogger layout design



Nak kongsi kat ne boleh dpt design-design layout blogger yg gempak2 yg saya tau..
klik kat link ni http://www.pyzam.com/bloggertemplates pilih la yg mane berkenan di hati..

Kepada yang gile manga..

Sekadar nak kongsi..korang boleh la bace manga sampai lebam :
kat bawah skali tu ade link dia klik je..




PLKN this is best bro..




nak cite skit pasal PLKN ni..huhu..bak kata Nabil this is best bro..pengalaman saya la PLKN ni memang best..paling dinanti nantikan adalah bila latihan menembak, memang best bro..haha..kire cite2 mase kecik nak menembak guna senapang dikabulkan la..haha..so sape yg nak semak dia terpilih ke x,check penempatan ke boleh la klik kt link ni http://apps1.khidmatnegara.gov.my/..kepada yg terpilih tahniah diucapkan..

PERALATAN PENGUKURAN

Peralatan pengukuran.

        i.            Angkup vernier digital
Angkup vernier digital ialah salah satu alat pengukuran yang digunakan secara meluas bagi tujuan pengukuran dan pengujian.  Antara kelebihan angkup ini ialah nilai bacaan dapat diberi secara terus melalui skrin LCD (Liquid Crystal Display).  Kaedah penggunaan dan pengukuran angkup vernier digital adalah sama seperti kaedah dan pengukuran angkup vernier biasa.

Angkup vernier
        i.            Mikrometer digital
            Rupa bentuk micrometer digital adala sama dengan micrometer biasa.  Bezanya micrometer digital mempunyai skrin LCD.  Ketepatan ukurannya ialah sehingga 0.001 mm.  Kaedah penggunaannya ketika mengambil ukuran adalah sama seperti micrometer tanpa digital.  Setiap nilai ukuran atau bacaannya akan tertera secara automatic di skrin LCD.   



Mikrometer digital

        i.            Protraktor
Protraktor terdiri daripada dua bahagian, iaitu bilah keluli dan jangka sudut dengan skala 0o – 180o. Digunakan untuk mengukur, menanda, memindah dan menguji sudut.  Bilah keluli boleh dilaraskan pada sudut yang diuji dan dikunci pada sudut tersebut.  Alatan ini diperbuat daripada keluli tahan karat.

Protraktor

        i.           
Sesiku L
Sesiku L diperbuat daripada keluli berkarbon sederhana atau keluli alat dan boleh didapati dalam pelbagai saiz.  Digunakan untuk memeriksa kepersegian, keratin permukaan dan untuk menanda garisan bersudut tepat dengan permukaan yang diberi.   
       

Sesiku L

        i.            Pembaris Keluli
Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat.  Skalanya dalam unit inci dan metric.  Pembaris keluli metric boleh didapati dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga 1 meter, bagaimanapun jenis yang lazim digunakan berukuran 150 milimeter hingga 300 milimeter.

Pembaris Keluli




Mesin pencanai permukaan ( Surface grinding machine )

Mesin pencanai permukaan ( Surface grinding machine )

 


Mesin pencanai permukaan digunakan untuk mencanai permukaan bahan logam bagi menghasilkan permukaan yang licin dengan ketepatan ukuran yang jitu.  Mesin jenis ini dilengkapi dengan satu roda canai yang dipasang pada bahagian spindal mesin dan ragum magnet digunakan untuk memegang benda kerja.
         
            Meja kerjanya boleh digerakkan secara manual atau secara automatik ( mengufuk ).  Roda canai boleh diturunkan dan dinaikkan untuk melaraskan kedalaman pemotongan.  Suapan minimum yang boleh diberikan ialah sehingga 0.001 mikron.

Bahagian utama mesin pencanai permukaan


Bahagian utama mesin pencanai  permukaan


Mesin Kisar ( Milling Machine )

mesin kisar / Milling Machine

          Mesin kisar digunakan untuk memotong bahan logam secara menyerpih dengan menggunakan mata pemotong berbilang hujung.  Mata pemotong tersebut berputar pada kedudukan mengufuk atau menegak, manakala bahan kerja yang dicengkam pada ragum di atas meja kerja digerakkan kea rah mata pemotong.  Kerja menyerpih bahan logam dengan menggunakan mesin kisar dikenali sebagai kerja mengisar.  Mesin pengisar berbeza dari mesin-mesin lain dari segi penggunaan mata alat dan cara memegang benda kerja.  Ia menggunakan mata alat jenis tunggal atau mata alat berbilang, manakala benda kerja dipegang oleh pelbagai-bagai jenis pemegang atau dipasak terus pada meja mesin tersebut.  Ia juga dilengkapi dengan berbagai-bagai alat seperti alat tambahan, aksesori, pemegang benda kerja dan pemegang mata alat.  Ini membolehkan mesin pengisar melakukan berbagai kerja mengisar antaranya adalah seperti berikut :

  1. Membuat lubang
  2.  Membuat sudut tepi
  3.  Membuat lubang senggat atau alur T
  4.  Membuat tanggam
  5.  Mengisar lurah
  6.  Mengisar rata



Terdapat dua jenis mesin kisar yang digunakan dalam kerja kejuruteraan, iaitu jenis mesin kisar turus berlutut dan jenis mesin kisar pengeluaran.  Mesin kisar jenis tegak dan ufuk tergolong dalam jenis mesin kisar turus, manakala mesin kisar jenis kawalan berangka (NC) dan kawalan berangka terkomputer (CNC) tergolong di bawah jenis mesin kisar pengeluaran.

Operasi yang dilakukan oleh mesin kisar



Fungsi Bahagian-Bahagian Mesin Pelarik Jentera Jenis Tetengah

Bahagian Pelarik Tetengah

        i.            Alatan Hadapan :
Bahagian  ini terletak di atas sebelah kiri landasan mesin pelarik.  Pada bahagian ini, terdapat rangkaian gear pengumpar mesin dan juga tuas-tuas kawalan gear untuk melaraskan pemilihan kelajuan pelarik.  Alatan hadapan bergear lebih baik daripada alatan hadapan bertakal kerana rangkaian kelajuan yang banyak akan diperoleh.  Pada bahagian ini juga dipasangkan alat tambahan, iaitu bindu.  Tujuannya adalah untuk memegang atau mencengkam bahan kerja yang hendak dilarik.  Terdapat dua jenis bindu yang lazim digunakan, iaitu bindu jenis tiga rahang dan bindu jenis empat rahang.

      ii.            Alatan Belakang :
Alatan belakang terletak disebelah kanan mesin larik.  Kedudukan alatan belakang boleh di gerakkan disepanjang landasan mesin pelarik.  Tapak di mesin supaya boleh duduk di atas landasan dengan tepat.  Alatan ini berfungsi untuk menyokong bahan kerja yang panjang semasa kerja melarik dan menempatkan alatan tambahan seperti tetengah dan bindu yang disesuaikan dengan kerja yang akan dibuat di mesin larik.

    iii.            Pelana / Kereta :
Pelana / kereta terletak di anatara alatan hadapan dan alatan belakang.  Selanya berbentuk huruf H dan boleh digerakkan disepanjang landasan sama ada ke kiri atau ke  kanan.  Pergerakannya boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan roda pelana.  Fungsinya adalah untuk menyokong kedudukan sela, kekesot lintang dan kekesot bergabung yang terdapat di atasnya.  Tapak kekesot bergabung boleh dikilas untuk memotong penirusan yang pendek.  Keseluruhannya bahagian kereta dan kekesot lintang boleh digerakkan secara automatik atau dengan menggunakan tangan.  Hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapkan dengan relang yang ditanda dengan jitu supaya kedudukan mata alat boleh dilaraskan dengan tepat.

    iv.            Landasan :
Landasan mesin pelarik dibuat dengan mengguankan besi tuang yang bermutu tinggi.  Ianya merupakan bahagian yang berfungsi menyokong kedudukan pelana / kereta dan alatan belakang mesin pelarik.  Terdapat dua jenis bentuk landasan.  Mesin-mesin kecil dan sederhana saiznya mempunyai landasan Vee.  Manakala mesin-mesin yang besar yang melarik kerja-kerja berat mempunyai landasan rata.  Permukaan landasan mempunyai sifat yang keras, kuat dan kukuh supaya tahan digunakan untuk jangka masa yang lama.

Bentuk landasan 
    Landasan Vee                           Landasan Rata
Tiang Mata Alat


Fungsi tiang mata alat adalah untuk memegang mata pemotong dengan sempurna supaya pemotongan boleh dijalankan.  Terdapat empat jenis tiang mata alat iaitu :

            a)         Tiang Mata Alat Amerika
Tiang mata alat jenis ini mudah dilaraskan dengan mata alat.  Jumpelang yang terletak di atas pemegang itu boleh dilaraskan supaya mata alat itu boleh dilaras dengan mudah.  Tiang mata alat ini menggunakan satu bolt pengikat sahaja dan ini menyebabkan mata itu terkeluar jika tidak diikat dengan kuat.

            b)         Tiang Mata Alat Indeks
Tiang jenis ini boleh memegang empat jenis mata alat dengan serentak dan dengan itu boleh dilakukan banyak jenis operasi tanpa berhenti dan menukar mata alat.  Tiang mata alat ini boleh diindeks kepada 12 kedudukan dengan melonggarkan gagang dan memutar turret kepada kedudukan yang dikehendaki.

            c)         Tiang Mata Alat Tunggal
Tiang mata alat jenis ini Cuma boleh memegang satu mata alat sahaja dengan diikat oleh dua skru.  Tiang mata alat ini digunakan pada mesin-mesin yang melakukan kerja-kerja berat.  Tiang ini juga boleh dilaraskan kepada mana-mana kedudukan dan diikat dengan nat.

            d)         Tiang Mata Alat Tukar Cepat
Tiang mata alat jenis ini digunakan pada mesin NC dan CNC yang mesti menukarkan tiang mata alat dengan cepat dan tepat.  Cuma pemegang yang ada tanggam bajang sahaja boleh dipasang pada tiang mata alat jenis ini.  
Jenis-jenis tiang mata alat