BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 1 Ogos 2011

Fungsi Bahagian-Bahagian Mesin Pelarik Jentera Jenis Tetengah

Bahagian Pelarik Tetengah

        i.            Alatan Hadapan :
Bahagian  ini terletak di atas sebelah kiri landasan mesin pelarik.  Pada bahagian ini, terdapat rangkaian gear pengumpar mesin dan juga tuas-tuas kawalan gear untuk melaraskan pemilihan kelajuan pelarik.  Alatan hadapan bergear lebih baik daripada alatan hadapan bertakal kerana rangkaian kelajuan yang banyak akan diperoleh.  Pada bahagian ini juga dipasangkan alat tambahan, iaitu bindu.  Tujuannya adalah untuk memegang atau mencengkam bahan kerja yang hendak dilarik.  Terdapat dua jenis bindu yang lazim digunakan, iaitu bindu jenis tiga rahang dan bindu jenis empat rahang.

      ii.            Alatan Belakang :
Alatan belakang terletak disebelah kanan mesin larik.  Kedudukan alatan belakang boleh di gerakkan disepanjang landasan mesin pelarik.  Tapak di mesin supaya boleh duduk di atas landasan dengan tepat.  Alatan ini berfungsi untuk menyokong bahan kerja yang panjang semasa kerja melarik dan menempatkan alatan tambahan seperti tetengah dan bindu yang disesuaikan dengan kerja yang akan dibuat di mesin larik.

    iii.            Pelana / Kereta :
Pelana / kereta terletak di anatara alatan hadapan dan alatan belakang.  Selanya berbentuk huruf H dan boleh digerakkan disepanjang landasan sama ada ke kiri atau ke  kanan.  Pergerakannya boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan roda pelana.  Fungsinya adalah untuk menyokong kedudukan sela, kekesot lintang dan kekesot bergabung yang terdapat di atasnya.  Tapak kekesot bergabung boleh dikilas untuk memotong penirusan yang pendek.  Keseluruhannya bahagian kereta dan kekesot lintang boleh digerakkan secara automatik atau dengan menggunakan tangan.  Hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapkan dengan relang yang ditanda dengan jitu supaya kedudukan mata alat boleh dilaraskan dengan tepat.

    iv.            Landasan :
Landasan mesin pelarik dibuat dengan mengguankan besi tuang yang bermutu tinggi.  Ianya merupakan bahagian yang berfungsi menyokong kedudukan pelana / kereta dan alatan belakang mesin pelarik.  Terdapat dua jenis bentuk landasan.  Mesin-mesin kecil dan sederhana saiznya mempunyai landasan Vee.  Manakala mesin-mesin yang besar yang melarik kerja-kerja berat mempunyai landasan rata.  Permukaan landasan mempunyai sifat yang keras, kuat dan kukuh supaya tahan digunakan untuk jangka masa yang lama.

Bentuk landasan 
    Landasan Vee                           Landasan Rata
Tiang Mata Alat


Fungsi tiang mata alat adalah untuk memegang mata pemotong dengan sempurna supaya pemotongan boleh dijalankan.  Terdapat empat jenis tiang mata alat iaitu :

            a)         Tiang Mata Alat Amerika
Tiang mata alat jenis ini mudah dilaraskan dengan mata alat.  Jumpelang yang terletak di atas pemegang itu boleh dilaraskan supaya mata alat itu boleh dilaras dengan mudah.  Tiang mata alat ini menggunakan satu bolt pengikat sahaja dan ini menyebabkan mata itu terkeluar jika tidak diikat dengan kuat.

            b)         Tiang Mata Alat Indeks
Tiang jenis ini boleh memegang empat jenis mata alat dengan serentak dan dengan itu boleh dilakukan banyak jenis operasi tanpa berhenti dan menukar mata alat.  Tiang mata alat ini boleh diindeks kepada 12 kedudukan dengan melonggarkan gagang dan memutar turret kepada kedudukan yang dikehendaki.

            c)         Tiang Mata Alat Tunggal
Tiang mata alat jenis ini Cuma boleh memegang satu mata alat sahaja dengan diikat oleh dua skru.  Tiang mata alat ini digunakan pada mesin-mesin yang melakukan kerja-kerja berat.  Tiang ini juga boleh dilaraskan kepada mana-mana kedudukan dan diikat dengan nat.

            d)         Tiang Mata Alat Tukar Cepat
Tiang mata alat jenis ini digunakan pada mesin NC dan CNC yang mesti menukarkan tiang mata alat dengan cepat dan tepat.  Cuma pemegang yang ada tanggam bajang sahaja boleh dipasang pada tiang mata alat jenis ini.  
Jenis-jenis tiang mata alat