BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 1 Ogos 2011

PERALATAN PENGUKURAN

Peralatan pengukuran.

        i.            Angkup vernier digital
Angkup vernier digital ialah salah satu alat pengukuran yang digunakan secara meluas bagi tujuan pengukuran dan pengujian.  Antara kelebihan angkup ini ialah nilai bacaan dapat diberi secara terus melalui skrin LCD (Liquid Crystal Display).  Kaedah penggunaan dan pengukuran angkup vernier digital adalah sama seperti kaedah dan pengukuran angkup vernier biasa.

Angkup vernier
        i.            Mikrometer digital
            Rupa bentuk micrometer digital adala sama dengan micrometer biasa.  Bezanya micrometer digital mempunyai skrin LCD.  Ketepatan ukurannya ialah sehingga 0.001 mm.  Kaedah penggunaannya ketika mengambil ukuran adalah sama seperti micrometer tanpa digital.  Setiap nilai ukuran atau bacaannya akan tertera secara automatic di skrin LCD.   



Mikrometer digital

        i.            Protraktor
Protraktor terdiri daripada dua bahagian, iaitu bilah keluli dan jangka sudut dengan skala 0o – 180o. Digunakan untuk mengukur, menanda, memindah dan menguji sudut.  Bilah keluli boleh dilaraskan pada sudut yang diuji dan dikunci pada sudut tersebut.  Alatan ini diperbuat daripada keluli tahan karat.

Protraktor

        i.           
Sesiku L
Sesiku L diperbuat daripada keluli berkarbon sederhana atau keluli alat dan boleh didapati dalam pelbagai saiz.  Digunakan untuk memeriksa kepersegian, keratin permukaan dan untuk menanda garisan bersudut tepat dengan permukaan yang diberi.   
       

Sesiku L

        i.            Pembaris Keluli
Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat.  Skalanya dalam unit inci dan metric.  Pembaris keluli metric boleh didapati dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga 1 meter, bagaimanapun jenis yang lazim digunakan berukuran 150 milimeter hingga 300 milimeter.

Pembaris Keluli