BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 1 Ogos 2011

Mesin Kisar ( Milling Machine )

mesin kisar / Milling Machine

          Mesin kisar digunakan untuk memotong bahan logam secara menyerpih dengan menggunakan mata pemotong berbilang hujung.  Mata pemotong tersebut berputar pada kedudukan mengufuk atau menegak, manakala bahan kerja yang dicengkam pada ragum di atas meja kerja digerakkan kea rah mata pemotong.  Kerja menyerpih bahan logam dengan menggunakan mesin kisar dikenali sebagai kerja mengisar.  Mesin pengisar berbeza dari mesin-mesin lain dari segi penggunaan mata alat dan cara memegang benda kerja.  Ia menggunakan mata alat jenis tunggal atau mata alat berbilang, manakala benda kerja dipegang oleh pelbagai-bagai jenis pemegang atau dipasak terus pada meja mesin tersebut.  Ia juga dilengkapi dengan berbagai-bagai alat seperti alat tambahan, aksesori, pemegang benda kerja dan pemegang mata alat.  Ini membolehkan mesin pengisar melakukan berbagai kerja mengisar antaranya adalah seperti berikut :

  1. Membuat lubang
  2.  Membuat sudut tepi
  3.  Membuat lubang senggat atau alur T
  4.  Membuat tanggam
  5.  Mengisar lurah
  6.  Mengisar rata



Terdapat dua jenis mesin kisar yang digunakan dalam kerja kejuruteraan, iaitu jenis mesin kisar turus berlutut dan jenis mesin kisar pengeluaran.  Mesin kisar jenis tegak dan ufuk tergolong dalam jenis mesin kisar turus, manakala mesin kisar jenis kawalan berangka (NC) dan kawalan berangka terkomputer (CNC) tergolong di bawah jenis mesin kisar pengeluaran.

Operasi yang dilakukan oleh mesin kisar



Fungsi Bahagian-Bahagian Mesin Pelarik Jentera Jenis Tetengah

Bahagian Pelarik Tetengah

        i.            Alatan Hadapan :
Bahagian  ini terletak di atas sebelah kiri landasan mesin pelarik.  Pada bahagian ini, terdapat rangkaian gear pengumpar mesin dan juga tuas-tuas kawalan gear untuk melaraskan pemilihan kelajuan pelarik.  Alatan hadapan bergear lebih baik daripada alatan hadapan bertakal kerana rangkaian kelajuan yang banyak akan diperoleh.  Pada bahagian ini juga dipasangkan alat tambahan, iaitu bindu.  Tujuannya adalah untuk memegang atau mencengkam bahan kerja yang hendak dilarik.  Terdapat dua jenis bindu yang lazim digunakan, iaitu bindu jenis tiga rahang dan bindu jenis empat rahang.

      ii.            Alatan Belakang :
Alatan belakang terletak disebelah kanan mesin larik.  Kedudukan alatan belakang boleh di gerakkan disepanjang landasan mesin pelarik.  Tapak di mesin supaya boleh duduk di atas landasan dengan tepat.  Alatan ini berfungsi untuk menyokong bahan kerja yang panjang semasa kerja melarik dan menempatkan alatan tambahan seperti tetengah dan bindu yang disesuaikan dengan kerja yang akan dibuat di mesin larik.

    iii.            Pelana / Kereta :
Pelana / kereta terletak di anatara alatan hadapan dan alatan belakang.  Selanya berbentuk huruf H dan boleh digerakkan disepanjang landasan sama ada ke kiri atau ke  kanan.  Pergerakannya boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan roda pelana.  Fungsinya adalah untuk menyokong kedudukan sela, kekesot lintang dan kekesot bergabung yang terdapat di atasnya.  Tapak kekesot bergabung boleh dikilas untuk memotong penirusan yang pendek.  Keseluruhannya bahagian kereta dan kekesot lintang boleh digerakkan secara automatik atau dengan menggunakan tangan.  Hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapkan dengan relang yang ditanda dengan jitu supaya kedudukan mata alat boleh dilaraskan dengan tepat.

    iv.            Landasan :
Landasan mesin pelarik dibuat dengan mengguankan besi tuang yang bermutu tinggi.  Ianya merupakan bahagian yang berfungsi menyokong kedudukan pelana / kereta dan alatan belakang mesin pelarik.  Terdapat dua jenis bentuk landasan.  Mesin-mesin kecil dan sederhana saiznya mempunyai landasan Vee.  Manakala mesin-mesin yang besar yang melarik kerja-kerja berat mempunyai landasan rata.  Permukaan landasan mempunyai sifat yang keras, kuat dan kukuh supaya tahan digunakan untuk jangka masa yang lama.

Bentuk landasan 
    Landasan Vee                           Landasan Rata
Tiang Mata Alat


Fungsi tiang mata alat adalah untuk memegang mata pemotong dengan sempurna supaya pemotongan boleh dijalankan.  Terdapat empat jenis tiang mata alat iaitu :

            a)         Tiang Mata Alat Amerika
Tiang mata alat jenis ini mudah dilaraskan dengan mata alat.  Jumpelang yang terletak di atas pemegang itu boleh dilaraskan supaya mata alat itu boleh dilaras dengan mudah.  Tiang mata alat ini menggunakan satu bolt pengikat sahaja dan ini menyebabkan mata itu terkeluar jika tidak diikat dengan kuat.

            b)         Tiang Mata Alat Indeks
Tiang jenis ini boleh memegang empat jenis mata alat dengan serentak dan dengan itu boleh dilakukan banyak jenis operasi tanpa berhenti dan menukar mata alat.  Tiang mata alat ini boleh diindeks kepada 12 kedudukan dengan melonggarkan gagang dan memutar turret kepada kedudukan yang dikehendaki.

            c)         Tiang Mata Alat Tunggal
Tiang mata alat jenis ini Cuma boleh memegang satu mata alat sahaja dengan diikat oleh dua skru.  Tiang mata alat ini digunakan pada mesin-mesin yang melakukan kerja-kerja berat.  Tiang ini juga boleh dilaraskan kepada mana-mana kedudukan dan diikat dengan nat.

            d)         Tiang Mata Alat Tukar Cepat
Tiang mata alat jenis ini digunakan pada mesin NC dan CNC yang mesti menukarkan tiang mata alat dengan cepat dan tepat.  Cuma pemegang yang ada tanggam bajang sahaja boleh dipasang pada tiang mata alat jenis ini.  
Jenis-jenis tiang mata alat



Jenis-Jenis Mesin Larik


mesin larik

Mesin pelarik boleh dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu :

            i)          Mesin Pelarik Jentera / Enjin Piawai
Mesin pelarik jenis ini digunakan dalam kerja-kerja kejuruteraan am.  Ia boleh dilengkapkan dengan eksesori tambahan untuk kerja-kerja khas seperti melarik penirusan dan untuk kerja mencanal di mesin larik.  Pelarik jentera kecil yang boleh dipasang di atas bangku dikenali sebagai pelarik bangku / meja.  Satu lagi jenis pelarik jentera yang digunakan untuk kerja-kerja jitu dikenali sebagai pelarik jenis Tool-Room.

            ii)         Mesin Pelarik Pengeluaran
                        a)         Pelarik Turret
Mesin pelarik jenis ini digunakan dalam bengkel kejuruteraan pengeluaran yang memerlukan banyak komponen yang sama bentuk dan ukuran.  Berbagai-bagai jenis alat pemotong boleh dipegang pada satu alatan khas yang dipanggil turret.  Turret ini boleh dipusingkan dan mata alat yang sesuai itu diindeks untuk melakukan operasi tertentu.  Ini membolehkan kerja dilakukan dengan tidak terputus-putus untuk memasang atau menanggalkan mata alat.
                        b)         Pelarik Capstan
Mesin pelarik jenis ini hampir sama dengan mesin pelarik turret.  Perbezaannya ialah alatan turret itu dipasang pada satu landasan tambahan yang boleh bergerak bersendirian.  Kelebihannya yang lain ialah ulir boleh dipotong dengan menggunakan kepala acuan.
                        c)         Pelarik Automatik
Mesin jenis ini boleh dikendalikan tanpa pengendali.  Satu susunan kerja yang lengkap boleh dilakukan dengan cara automatik.  Biasanya mesin jenis ini ada dua tiang mata alat.  Satu tiang di hadapan paksi benda kerja dan satu lagi dibelakang paksi benda kerja.  Pada mesin separuh automatik, kerja memasuk dan mengeluarkan komponen dilakukan oleh seorang pengendali.
                        d)         Pelarik Kegunaan Khas
Pelarik jenis ini direkabentuk khas supaya boleh melakukan kerja-kerja khas sahaja.  Pada asasnya benda kerja itu akan berputar dan mata alat digerakkan secara linear supaya pemotongan boleh dilakukan.  Pelarik jenis ini digunakan untuk melarik roda keretapi, melarik aksel dan melarik menegak ( turret menegak ).

            iii)        Pelarik NC dan CNC
Mesin pelarik ini merupakan jenis mesin yang terbaru sekali.  Ia menggunakan komputer yang boleh menjalankan operasi-operasi dengan jitu dan ekonomi.  Alatan turret bulat pada mesin jenis ini membolehkan berbagai-bagai jenis mata alat itu dipasang dan dikendalikan.   


         

MESIN LARIK

Bahagian utama Mesin Larik







a)Alatan hadapan, b)Pelana, c)Landasan, d)Alatan belakang

Alatan Hadapan :
Pada bahagian ini, terdapat rangkaian gear pengumpar mesin dan juga tuas-tuas kawalan gear untuk melaraskan pemilihan kelajuan pelarik. Pada bahagian ini juga dipasangkan alat tambahan, iaitu bindu. Tujuannya adalah untuk memegang atau mencengkam bahan kerja yang hendak dilarik. Terdapat dua jenis bindu yang lazim digunakan, iaitu bindu jenis tiga rahang dan bindu jenis empat rahang.

Alatan Belakang :
Alatan belakang terletak disebelah kanan mesin larik.
Kedudukan alatan belakang boleh di gerakkan disepanjang landasan mesin pelarik. Alatan ini berfungsi untuk menyokong bahan kerja yang panjang semasa kerja melarik dan menempatkan alatan tambahan seperti tetengah dan bindu yang disesuaikan dengan kerja yang akan dibuat di mesin larik.

Pelana :
Pelana terletak di anatara alatan hadapan dan alatan belakang. Pelana boleh digerakkan disepanjang landasan sama ada ke kiri atau ke kanan.Pergerakannya boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan roda pelana. Fungsinya adalah untuk menyokong kedudukan sela, kekesot lintang dan kekesot bergabung yang terdapat di atasnya.

Landasan :
Landasan merupakan bahagian yang berfungsi menyokong kedudukan pelana dan alatan belakang mesin pelarik.Permukaan landasan mempunyai sifat yang keras, kuat dan kukuh supaya tahan digunakan untuk jangka masa yang lama.


TUNGSTEN INERT GAS ( TIG ) & METAL INERT GAS ( MIG )

TIG

 Kimpalan arka tungsten gas ialah proses kimpalan arka yang menghasilkan tautan logam dengan memanaskannya dengan arka di antara elektrod tungsten yang kekal dengan benda kerja. Perisaian arka diperoleh dengan menggunakan gas lengai yang di bekalkan secara berasingan, iaitu sama seperti kimpalan arka logam gas. Proses ini juga dikenali sebagai proses gas lengai tungsten. Gas yang digunakan ialah argon, helium atau campuran kedua- duanya.

Gambarajah Skema Bagi Proses Kimpalan TIG


MIG


Kimpalan arka logam berperisai gas ialah proses kimpalan arka yang menghasilkan tautan logam melalui pemanasan arka antara elktrod guna habis dengan benda kerja. Tidak seperti proses kimpalan arka logam manual yang menggunakan salutan elektrod sebagai perisai arka, proses ini menggunakan gas sebagai perisai. Proses ini juga dikenali sebagai kimpalan gas lengai logam, kimpalan gas aktif logam,arka litar pintas,pemindahan celup atau pemindahan dawai. Arka dilindungi dengan mengginakan beberapa jenis gas seperti argon, helium, campuran argon helium.

Gambarajah Skema Bagi Proses Kimpalan MIG







Ahad, 31 Julai 2011

pangkah memangkah..first time nak pangkah ni..

sekarang ni dah nak sibuk pasal pilihanraya ni..kepada yg umur dh layak untuk mengundi ni sile lah gi daftar mengundi..dan yang dh daftar tu boleh semak daftar pemilih kat link ni http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

akhirnya..

setelah bosan cuti terlalu lama..terfikir pula untuk mewujudkan blog sendiri..haha..