BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 1 Ogos 2011

MESIN LARIK

Bahagian utama Mesin Larik







a)Alatan hadapan, b)Pelana, c)Landasan, d)Alatan belakang

Alatan Hadapan :
Pada bahagian ini, terdapat rangkaian gear pengumpar mesin dan juga tuas-tuas kawalan gear untuk melaraskan pemilihan kelajuan pelarik. Pada bahagian ini juga dipasangkan alat tambahan, iaitu bindu. Tujuannya adalah untuk memegang atau mencengkam bahan kerja yang hendak dilarik. Terdapat dua jenis bindu yang lazim digunakan, iaitu bindu jenis tiga rahang dan bindu jenis empat rahang.

Alatan Belakang :
Alatan belakang terletak disebelah kanan mesin larik.
Kedudukan alatan belakang boleh di gerakkan disepanjang landasan mesin pelarik. Alatan ini berfungsi untuk menyokong bahan kerja yang panjang semasa kerja melarik dan menempatkan alatan tambahan seperti tetengah dan bindu yang disesuaikan dengan kerja yang akan dibuat di mesin larik.

Pelana :
Pelana terletak di anatara alatan hadapan dan alatan belakang. Pelana boleh digerakkan disepanjang landasan sama ada ke kiri atau ke kanan.Pergerakannya boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan roda pelana. Fungsinya adalah untuk menyokong kedudukan sela, kekesot lintang dan kekesot bergabung yang terdapat di atasnya.

Landasan :
Landasan merupakan bahagian yang berfungsi menyokong kedudukan pelana dan alatan belakang mesin pelarik.Permukaan landasan mempunyai sifat yang keras, kuat dan kukuh supaya tahan digunakan untuk jangka masa yang lama.